Kegiatan sebagai Seniman Penyair-Pelukis Siti_Zainon_Ismail

Beliau adalah penyair pelukis wanita yang terus aktif. Kerap mewakili negara dalam membaca puisi, pameran lukisan dan seminar seni budaya seluruh tanahair dan juga di peringkat antarabangsa seperti di Filipina (1976); Bhopal, India (1985); Berlin Barat ( 1985, 2000) ;Seoul ,Korea Selatan (1986); Indonesia (Aceh, Bali, Jakarta. Jambi, Lombok, Makassar, Padang, Riau, Palembang, Yogyakarta 1983-1998); Thailand ( 1986,1989, 1990). Perancis (1986), Berlin (1986). London (1986,1990,1992); Australia(1993), Singapura (1990,1995); Hamburg (2000) dan Russia (2003).

Puisi-puisi dan cerpen beliau telah diterjemah ke pelbagai bahasa seperti Bugaria, Hindi, Inggeris, Korea, Urdu, Jepun, Perancis, Thai dan Russia.

Berkaitan